Part 3 - Pulau Perhentian : Snorkeling & Long Beach

Wednesday, May 28, 2014

Salam u olls , 

Isnin , 5 Mei 2014

Good Morning! *Feeling macam ada dekat Perhentian lagi.

Bangun je tidur , bukak wooden sliding door , tengok laut – pantai. Tenang ja  kaplahotak tapi kalau kat Penang / KL masing – masing bermonday blues.


Mandi dan sarapan pagi dulu , dengan suasana hujan yang lebat membasahi pulau. Alhamdulillah , hujan lebat hanya sekejap sahaja. Lepas bersantai , terdamparlah dugong seangkatan di persisiran pantai sementara tunggu Abang Ali arahkan kami untuk bersiap sedia ke sesi snorkeling sepanjang hari sampai lebam juga rentung.  Hampir 5 point kami bersnorkeling dan lupa diri seketika bersama.

5 – 10 minit sesi latihan snorkeling , pantas kan. Bagus awek – awek ni pandai dengar kata jurulatih.

Turtle Point – di Pulau Perhentian Besar


Seronok gila ! Nampak penyu depa bijik mata sendiri.  Besar – besar pula tu. Brader yang bawa bot siap terjun gi amik penyu tu naik sikit ke atas. Bapak berat wei. Teruja la sat.


Shark Point

Point ini memang kelakar , penakut semua nak turun. Imaginasi terlampau bila sel – sel otak berhubung. Dah turun , Ty memang lupa diri. Ty ikut Brader yang bawa bot , speechlessSubhanallah sangatlah cantik. Baik dari ikan – ikan hingga ke coral di dasar laut. Siap bagi makan ikan lagi. Cuak sikit bila brader tu tarik tengok shark , sebabnya depan mata dan tak tahan semua yang lain pakat tinggai Ty alone. Tak ka punya mangkaq bin bertuah punya kawan – kawan.

Ini bukan ikan yang dipanggil "S h a r k" ye , kengkawan.

Seronok sangat membakar diri. Naik atas bot , jeng3 kami bertukar wajah dengan warna tona kulit yang tak sekata , gitu. Tapi dan paling kelakar nya , bila pengakuan jujur dari Affida yang sebenarnya dia tak nampak pun ikan shark. Omgee! Semua gelakkan dia , confuse jap sebab samada dia kenal ke tidak mana satu kah sepsis ikan shark. Berat nanang la mek Affida ni.

Makan tengahari di perkampungan nelayan. Rare , dengan swimming suits hokayh , I olls gi makan. Krik3 sangat. Kat perkampungan nelayan ni ada sekolah , perumahan , balai polis etc. 

Lepas makan , kami ke 3rd point pula.


Lighthouse

Kalau ke Pulau Perhentian , tak sah kalau tak stop di Lighthouse ni , walaupun pada mula berkobar – kobar dari sebelum pergi memang nak terjun dari atas tu dah tersemat niat. Tapi bila sampai lemah jantung den ha. Kebetulan ombak agak kuat , lagi la cemas dibuweknyo. Alhamdulillah , selamat juga melompat dengan cubaan dua kali. Ain paling berani dan agak terlupa diri , sampai ke atas dia naik. Kononnya balak ensem dari boat lain duk bagi dia semangat. Cam hare kan. Ini la kawan Ty yang weng kepala tak tersambung wayar sekian lama terputus.


Sedihnya , Arina memang lemah semangat dah. Dia sorang ja tak terjun. Tukang amik gambar la jawabnya.


Piranha Point

Piranha? Oh my papaya? Oh tidak! Nama tu Abang Ali bagi sebab nya , terjun la ke dalam air pastu bawa roti bersama dan bagi makan ikan – ikan , baru tahu kenapa dapat nama tu. 




Mak aih mau tak dapat nama “piranha” , ikan - ikan serbu depan – depan muka hokayh. Segala pipi , tangan – lengan di gigit. Kecian , lapaq sungguh. 


Romantic Beach

Patutnya di sini la tempat sesi berlatih dan kelas pembelajaran snorkeling , tapi jadikan port last kami singgah dan bersantai ala – ala romantik bersama sebelum balik ke chalet.*haQtui*

Di sini , tinggalnya sebuah kenangan tanpa keprihatinan terhadap Ty.

Sesi snorkeling berlife jacket , semua terror. Jadi Abang Ali suh bukakan life jacket dan semua kena cuba berenang. Ligat la Ty menyelam , tengok ikan nemo , comel nak mampuih. Yang tak reti berenang pun boleh dah slow – slow. Cayalah geng!!

Cuci mata dengan air laut. Gila ka apa , pedihla nanti. Ty maksudkan kami selam dan tengok keindahan kehidupan dasar laut yang very superb.







Gamat geli!


Ngek betoi la. Berkejar – kejaran dengan ntah apa – apa cara renangan dah Ty berenang semata nak lari dari Abang Ali yang saiko. Siap berjaya letakkan dibelakang Ty, Omgee! Tapi bila terdampar di tepi persisiran sebab penat , rileks pula Ty men pegang – pegang natang gamat ni dengan yang lain. [Imaginasi +Iena Arryiena waktu tu dah senyum sinis dan Ty faham , Opsss]

Kenangan tak boleh dilupakan , bila Ty syiok sendiri dok menyelam , depa dah nek atas bot dan nak blah. Huarghhh , bayangkan , Ty disuruh berenang sampai ke bot yang dah dekat 150 meter jauh dari persisiran tadi , kemudian naik ke atas bot. Penat okay , abang Ali boleh kata berani buli sebab Ty je tahu berenang. Ngok ngek tak?! Semput nyah oii!

Sedihnya , rantai silver Ty bertukar menjadi karat. Ty biarkan je rantai tu dekat veranda chalet.Berendam dulu di pantai depan chalet sementara Ain dan Arina mandi. Lagipun panas , bekalan elektrik kan tak ada.

BBQ di malam hari , 


 Udang 

 Sotong 

 Lobster

Ikan Pari

Blurppp kenyang bila si kurus ni  [konon nya la kan] , kena habiskan makanan.

Bersantai sekejap sebelum gerak ke belakang pulau untuk berjimba di sepanjang Long Beach pada malam hari hingga ke pagi. 

TIPS : Pulau Perhentian Kecil adalah lebih sesuai untuk golongan muda untuk berseronok berbanding dengan Pulau Perhentian Besar.

Sebelum perjalanan , satu pengalaman bersaksikan laut dan langit dengan bintang juga bulan  sahaja tau apa yang telah berlaku. Untuk sekian kalinya dan mungkinkah berulang , tidak pasti. Ain dan Arina juga saksi kejadian. Apakah? 

Perjalanan ke Long Beach  bermula dari jalan belakang Ombak Beach Chalet dengan jalannya yang agak gelap la sebab dah malam kan , jadi bersuluh la masing – masing. Konfius , siapa lead jalan pun tak tahu , tahu – tahu Ty di depan sekali. 


Kami lepak di mini bar Panorama , memang havoc dengan mat salleh saja. Mampu tengok ja gelajat manusia yang dah “high”. Rimas nya , nyamuk dah mula membuat serangan bertubi – tubi. Miang satu badan dok garu. Ain sempat lagi mengayat sampai detim dengan si Bob kat tepi pantai. Sabar ja la.Tpai gua respect lu +Nur Ain Alaudin !


Lewat juga kami berpatah balik dan balik ke chalet. Sempat la juga dapatkan gambar – gambar dari lensa abang Ali sebelum tidur.

Malam terakhir yang amat sukar tuk ditinggalkan sebenarnya.

8 comments

  1. this is definitely fun !!
    btw guna camera apa ya untuk snap picture dlm air tu? lawa la gambarnye ..
    psst: gambar akhir tu tak berapa sedap mata memandang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camera biasa je. Tak de gambar yang enak pun malam tu. lagi tak enak ada la...

      Delete
  2. Oh maiii! Snorkeling!!!! Bestnyaaaaaa. cantik sungguh kehidupan laut. ya Allah, sooo beautiful. And the foods so tempting! Huaaarrgggggggggghhhhhhhhhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat BEST! Everything is just so great and wonderful girl.

      Delete
  3. Haha...ayat bila aku berimiginasi !! Bkan hg pon sama ka dok pikiaq apa yg aku pikiaq....hahahaha btw mmg best gilaa laa very enjoying!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Krik3. U know and I know babe. Rugi la pi bercuti tak enjoy , bek dok dalam kelambu. Kroooh...

      Delete
  4. Assalamualaikum... nk repeat soalan kat atas... pki kamera ape amek gamba dlm air tu semue? DSLR ke GoPRo?

    ReplyDelete
  5. Excellent information on your blog, thank you for taking the time to share with us. Amazing insight you have on this, it's nice to find a website that details so much information about different artists. khasab overnight pacakges

    ReplyDelete

Thank you for commenting on my words.
May Allah bless me and you , Ameen

© Yanty Lee. Design by FCD.