Salam Aidil Fitri u olls ,
selamat hari raya lagi !
Alhamdulillah , tahun ke - 3 ukhuwah persahabatan bersama rakan - rakan blogger yang di mana boleh diumpamakan seperti sebuah keluarga. #kelabbloggerbenashaari , bukan sekadar sebuah kelab tapi segala susah senang gelak tawa gurau sentap menyampah mentabah dilalui bersama.
Untuk kali ni , Ty baru berkesempatan untuk ikut sama dengan mereka semua ke Sedenak , Johor (pergi balik hari) bagi bersama - sama beraya di teratak chef blogger terkenal ; Mat Gebu yang lebih dikenali dengan panggilan Pakcik Mat Gebu (PCM). Kenal tak u olls , mesti u olls selalu skodeng dan cilop resepi - resepi dari blog - http://www.tiffinbiru.com/ kan? Jangan tipu , bulan puasa ja traffik blog ni mendadak , sebabnya " nak masak apa ek berbuka puasa hari ni , cari kat blog PCM la! ". Kantoi!
Rasa sangat - sangat lah bertuah. Akhirnya dapat jua bersua muka dengan PCM.
Henpon berdering , menandakan " morning call " dari Kak +Sue Izza tuk kejutkan semua hadek - hadek manje dye bangun dari tidur. Tapi berdesing telinga ke idok , nasib ke mung la.
sebahagian dari geng konvoi tapi tak tahu siapa kepala
4 buah kereta berkumpul dahulu di Masjid Putra , Putrajaya. Lagi 3 buah kereta jumpa di R&R sepanjang jalan. Kesemua nya ada 7 buah kereta berkonvoi ke Sedenak , Johor dari Kuala Lumpul / Selangor.
R&R menjadi saksi pertemuan kami semua. Banyak juga lah berhenti nak sambungkan kereta jadikan konvoi katanya. Tapi tak cukup untuk genapkan jadi "7 Perhentian". Eh. 7 kereta ja.
Syukran , perjalanan kami semua bergerak dengan lancar dan baik sekali. Selamat lah tiba kami di teratak Pakcik Mat Gebu. Ngam - ngam pula tu waktu tengah hari dengan perut masing - masing pun dah berkeroncong berbunyi menandakan masa untuk melahap sampai lebam.
M A R V E L O U S !
Antara menu masakan hasil air tangan PCM untuk kami ;
SLURPPPPPP ... Sedap sangat - sangat. Tersangat lah sedap. Itu je mampu dikatakan.
Jom minum jus mangga pran
PCM memang dikenali dengan pinggan - pinggan mangkuk yang cantik dan antik. Tiffin Biru , semua yang bertandang pasti bergambar dengan mangkuk tingkat milik tuan tanah ni bila ke rumah PCM.
Gambar wajib u olls.
Insiden cemas , lucu dan yang pastinya berlaku dengan tak sengaja.
Duduk tersipu kekenyangan sambil main dengan Adam , anak kepada blogger Ruby[.my] . Isyarat dari Fatin tak jelas , sangat kebluran dengan apa yang nak disampaikan dia. Terkejutnya , bila Ruby tarik Adam dari dukungan dengan rakus sekali. Rupanya sekoq ulat bulu hinggap kat tangan , sebabkan tertanjat gegurl , i olls tercampak dengnan tak sengaja binatang tu dan hinggaplah di atas kain Kak Fiza. Melayang ko , ulat bulu tu. Qaseh pun larikan diri. Najeeb yang tolong tapi bajet cat walk dengan slow motion ke arah Kak Fiza yang cemas terjerit - jerit.
Oh , ulat bulu .
Terciptalah keriuhan.
Maafkan saya ye , tindakan reflek.
Monopod.
Beraya tahun ni memang kena ada batang mop ni kalau tak , tak happening raya korang. Setuju?
Qhaliff yang baru 2 tahun pun dah pandai handlekan monopod , terkesima sat.
Seperti biasa , monopod dengan henpon Ty memang bukan lagi di tangan , merata depa ni amik gambar di seluruh pelusuk yang boleh ja bergambar.
photogenic ke photogedik ke photomaniac?
Geng KBBA yang mengamatkan teratak PCM
Pas beraya , kami meleburkan Ringgit Malaysia di Johor Premium Outlet (JPO) . Pada mulanya , tak beria mana pun nak shopping. Tapi ada ja sale dekat butik Esprit , tergrab seluar jeans (RM20) pastu set perfurme + body lotion + shower gel dari Victoria Secret (RM33), semua pakai serbu angkut membeli. Ladies sangat kan?
Miracle. Jarang Ty shopping , this is r a r e , babeh.
Sampai Putrajaya around 2 am , Alhamdulillah semua selamat pergi dan balik.
# PCM , terima kasih untuk makanan yang dihidangkan , ada masa kita terjah lagi. =)
suka i photobooom disitu ekekeke
ReplyDeletesemua pic ada je nak di boom kan... ngeee
Deletemeriahnya..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah , meriah beraya dengan PCM =)
DeleteWoah ! Bestnya Ty. ^^
ReplyDeleteBest2. Bila nak ajak pi open house ni?
Deletetudiaaaaaaaa....banyaknya mknan
ReplyDeletedapnya dapnya
Sedap kak , PCM masak mesti la sedapkan... yummy.
DeletePerghhh! happening sunggoh makanan2 PCM tuuuu sampai telioq cheq! Tahun depan buat lagi nooo, buleh cheq join sama hehe :D
ReplyDeleteIn sha Allah sis , tahun depan kita serang beraya lagi..
Deleteamboihhh.... sampai tershopping bagai semua.. tapi alang2 kann ke sana...
ReplyDeletenampak baju abam Marqis Careno lebih menyerlah.. hehehehe
Haruslah abang Kid , dah stereng dengan pedal terlaju lagi terlajak kan.. Krik3.
DeleteHAHA nak bahan je si Abang Lan Posmen ye.
bestnya dapat jumpa n rasa air tgn cmg,,,beruntung,,,,salam kenalan sis,,,sudi2 singgah n be my friends,,,^_^tq
ReplyDelete=) Rezeki . Salam kenal juga.
Delete